ONEXOX
BannerFans.com

GEMUK SATU ANCAMAN - NAJIB

on Wednesday, March 25, 2015



KUALA LUMPUR - Kegemukan atau obesiti boleh dianggap sebagai satu ugutan yang serius sehingga boleh mengancam kepada produktiviti negara, kata Perdana Menteri Mal#aysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, Najib mahu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat agar terhindar dari masalah obesiti dan penyakit berkaitan dapat dielakkan.

"Tiada alasan untuk ki#ta tidak melakukan riadah atau senaman walaupun sering merunggut dengan tanggungjawab yang lain dan memiliki waktu yang terbatas. Ini kerana senaman dan aktiviti penjagaan kesihatan ini juga adalah satu tanggungjawab yang utama," katanya dalam ucapan pelancaran Hari Sukan Negara di Pavillion baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penyakit-penyakit lain seperti hipertensi, penyakit jantung dan diabetes juga turut berada dalam keadaan yang amat membimbangkan di kalangan rakyat di negara ini.

Justeru, beliau mengajak ra#kyat 1 Malaysia bersama-sama melakukan aktiviti riadah dan bersenam di Hari Sukan Negara yang ditetapkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober akan datang.

“Saya sendiri merupakan pengamal dan peminat sukan serta memang melakukan pelbagai aktiviti riadah dan senam. Saya komited melakukannya kerana badan yang sihat asas kepada minda yang cergas sekali gus menawarkan produktiviti yang lebih kepada negara,” katanya.

Bagaimanapun, netizen yang me#mbaca laporan berita ini hanya mampu memberikan reaksi seperti dalam gambar gif di bawah ini.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved