ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA 8 LELAKI JADI HULK KERANA SECAWAN MILO LAMBAT SAMPAI TERJAWAP NGERI

on Wednesday, March 25, 2015



KUCHING -  Hanya kerana pesanan dua cawan air Milo panas lewat dihantar, seorang pelanggan sebuah restoran makana#n segera di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini mengamuk, semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Roslan Bek Ahmad berkata, insiden dipercayai berlaku selepas pelanggan terbabit naik berang kerana pesanannya yang didakwanya sudah dibayar masih belum dihantar sekitar jam 2.30 pagi.

Difahamkan, pengurus restoran berkenaan kemudian terpaksa mengambil semula pesanan suspek dan memintanya menungg#u sebentar.



Lelaki Mengamuk Di Kaunter Premis Makanan Segera
Beberapa lelaki cari pasal di sebuah premis makanan segera di Pandungan, Kuching.Mungkin lelaki itu nak beli set yang ada percuma mainan. Tetapi mainan yang dia nak tu, tak ada. Mungkin itulah punca dia mengamuk sakan. More: #MediaVids
Posted by My Media Hub on 23hb Mac 2015



"Ekoran itu, suspek bertambah marah dan terus bertindak menghentak kaunter sebelum beredar dari situ dan kembali semula ke premis berkenaan bersama lapan orang rakannya.

"Dia kemudian melompat ke atas kaunter la#lu bertindak menarik rambut mangsa (pengurus) sebelum mereka beredar dengan menaiki dua buah kereta," katanya yang mengesahkan insiden tersebut semalam.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kejadian dipercayai berpunca dari rasa ti#dak puas hati terhadap layanan yang diberikan dan kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat," jelas Roslan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV)premis berkenaan yang berdurasi 54 saat serta menunjukkan aksi suspek bersama rakan-rakannya turut menjadi viral di laman sosial.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved