ONEXOX
BannerFans.com

GST SUMBER KEWANGAN BARU UNTUK BAYAR GAJI PENJAWAT AWAM

on Monday, March 30, 2015



Kerajaan pusat perlu mempelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai Barangan dan Pe#rkhidmatan (GST) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembangunan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah.

"Sekarang ini sumber kewang#an kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini.

Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Kerajaan tidak sewenang-we#nangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat  wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST.

Mustapa yang juga pengerusi Ma#jlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan berharap kerajaan pusat akan mengagihkan peruntukan sebaik mungkin kepada negeri tertinggal ke belakang dari segi kemajuan pembangunan seperti Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Kita harap sumber kewangan diagihkan mengikut tahap pencapaian dari segi pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan. Kita sedia maklum Kelantan di bawah pembangkang (PAS) tetapi ini bukan bermakna kerajaan pusat menafikan hak rakyat," katanya.

Sementara itu di Bachok, Mustapa ma#hu kerajaan Kelantan memperluaskan kerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi pembangunan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri  memberi kerjasama baik kepada kerajaan pusat dalam menangani bencana banjir dan kerja pemulihan pasca banjir.

Kerjasama dalam sektor ekonomi ad#alah penting terutama untuk memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved