ONEXOX
BannerFans.com

Ibu sesak nafas ekoran kebakaran sisa toksik Kualiti Alam Sendayan, anak lapor polis

on Monday, March 2, 2015



SEREMBAN - Kebakaran di gudang pengumpulan bahan sisa toksik dalam kawasan Pusat Kualiti Alam, Jumaat lalu, menyebabkan seorang warga emas terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja#'afar, di sini selepas mendakwa mengalami sesak nafas.

Malah, Rasidah Rasid, 68, yang merupakan penduduk di Kampung Felda Sendayan dilaporkan masih menggunakan alat pernafasan sejak ditahan di wad tiga hari lalu.

Menceritakan kejadian, anak lelak#i mangsa, Mohd Syahril Bahari, 36, berkata, ibunya dikejarkan ke hospital pada tengah malam Jumaat lalu selepas dia mengadu sesak nafas.

Menurutnya, semasa kebakaran itu, dia ada bersama keluarga di rumah keluarganya itu dan melihat sendiri asap hitam serta tebal dari jarak kira-kira dua kilometer.

“Bimbang dengan keadaan ibu da#n keluarga ditambah dengan udara yang masih dilitupi asap hitam, saya mengajak ibu mengikut saya balik ke rumah saya di Ampangan, tetapi dia tak mahu.

"Tetapi sebaik saja saya sudah balik ke Ampangan, saya dihubungi adik perempuan yang mengatakan ibu sesak nafas yang teruk. Kemudian ibu terus dikejarkan ke hospital," katanya.




Menurutnya, dia percaya masa#lah itu berlaku kesan daripada kebakaran itu memandangkan ibunya tidak mengidap sebarang penyakit lain selain darah tinggi.

“Daripada makluman doktor,  ibu disyaki terhidu gas beracun. Setiap hari saya ulang-alik melawat ibu di hospital, ada berjumpa dengan penduduk dan jiran di kawasan kampung yang turut mendapatkan rawatan tetapi sebagai pesakit luar,” katanya yang mengadakan sidang media di pejabat DAP negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rasah, Teo K#ok Seong; Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin dan Adun Nilai J. Arul Kumar.

Menurut Mohd Syahril, kejadian itu adalah yang paling teruk dialami sejak keluarganya menetap di kampung itu pada tahun 60-an.

“Ibu saya adalah generasi kedua Felda Sendayan. Di situ ada lebih 500 buah rumah dan dekat dengan kawasan Pusat Kualiti Alam dalam jarak dua kilometer.

“Memang penduduk kampung di situ sela#lu terbau asap kotor yang dikeluarkan dari Pusat Kualiti Alam. Selepas kebakaran itu, Jabatan Alam Sekitar ada membuat ujian di kawasan rumah ibu saya dan menerusi ujian berkenaan, memang ada gas kimia di sekitar kawasan rumah ibu saya," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Seremban 2.

Sementara itu, Kee Chin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh rawatan ibu pengadu bagi mengkaji laporan tersebut sebelum sebarang tindakan diambil.

“Kita akan tunggu laporan penuh rawa#tan, sekiranya masalah kesihatan yang dialami ibu pengadu disebabkan kejadian tempoh hari, kita akan ambil tindakan,” katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved