ONEXOX
BannerFans.com

Lima Pelajar Kena Denda Buang Seluar Baju Kerana Tidak Pakai Pakaian Ada Nama Sekolah

on Friday, March 27, 2015



KUALA LUMPUR: Kerana tidak memakain pakaian yang mempunyai nama sekolah, seramai lima orang pela#jar tingkatan satu sekolah menengah lelaki di Ampang diarahkan menanggalkan seluar dan baju.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 25 Mac lalu dan ibu bapa kanak-kanak tersebut telah tampil membuat pendedahan mengenai kejadian tersebut.

Menurut bapa kepada salah s#eorang pelajar berkenaan, tindakan itu dikenakan ke atas anaknya telah  mengakibat anaknya berasa malu dan enggan ke sekolah.

“Tindakan guru disiplin sekolah itu adalah tidak wajar memandangkan cara hukuman yang dikenakan ke atas mereka jelas jauh menyimpang dari etika seorang pendidik.

“Saya kecewa dengan guru berke#naan, anak saya dan rakan-rakan diarahkan menanggalkan seluar dan ada juga baju hanya kerana tidak memakai pakaian seragam yang ada nama sekolah.

“Saya akui ada kesilapan anak saya disitu, cuma apa yang saya cukup ralat, mengapa hukuman begitu dikenakan. Dan ada di kalangan lima dari mereka ini pada ketika itu tidak memakai seluar dalam pun.



“Saya tidak faham mengapa cikgu be#rkenaan mengambil tindakan sedemikian,” katanya dipetik dari The Rakyat Post hari ini.

Mereka telah membuat satu laporan polis dan berharap tindakan sewajarnya diambil kepapa pihak sekolah kerana tindakan denda tersebut adalah keterlaluan.

Malah, mereka turut memanjangkan per#kara ini kepada Pejabat Pelajaran dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kes ini mendapat tindakan sewajarnya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved