ONEXOX
BannerFans.com

MAIN VIDEO GAME 19 JAM, LELAKI BATUK BERDARAH SAMPAI MATI

on Wednesday, March 4, 2015



Rakaman CCTV menunjukkan Wu Tai, 24, di saat-saat akhir sebelum dia rebah selepas bermain permainan World of Warcraft.

Seorang lelaki mati setelah bermain video game selama 19 jam tanpa henti.

Wu Tai, 24, telah ber#kunjung ke sebuah kafe siber di Shanghai, China, untuk bermain game online yang popular, World of Warcraft.

Dalam rakaman CCTV itu, mangsa dilihat duduk di hadapan komputer. Secara tiba-tiba mangsa berpaling ke arah k#iri dan batuk kuat sehingga mengejutkan beberapa pengunjung di kafe itu.

Mangsa batuk bertalu-talu sebelum dia kembali menyambung semula permainan komputer itu dan tiba-tiba rebah di kerusinya.



Saksi, Hsin Lo, 20, yang dud#uk bersebelahan dengan mangsa berkata, "Saya terdengar mangsa mengerang kesakitan, apabila saya menoleh ke arahnya, wajahnya pucat dan kelihatan  tidak sihat. Dia menekup mulutnya dengan kain sapu yang mana ada kesan darah di atasnya.




"Saya bertanya sama ada dia okay atau sebaliknya, mangsa mengatakan dia tidak apa-apa. Bimbang melihat keadaann#ya, saya menghubungi ambulan sementara kawan saya mendapatkan bantuan dari kakitangan kafe.

"Malangnya, ketika menunggu ketibaan ambulan, lelaki itu telah meninggal dunia di depan kami dan tiada apa-apa yang kami dapat lakukan," katanya.

Apabila bantuan perubatan tiba di lokasi kejadian, Wu telah pun meninggal dunia.

Jurucakap polis berkata, p#olis akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan enggan mengesahkan lelaki itu mati akibat bermain video game terlalu lama.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved