ONEXOX
BannerFans.com

Najib beli jet baru! Kita bayar dengan GST

on Monday, March 16, 2015



KUALA LUMPUR, 16 MAC: Ketika negara di ambang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) yang memberikan kesan domino ke atas harga keperluan, Perdana Menteri Najib Tun Razak sekali la#gi membangkitkan kemarahan rakyat dengan membeli jet peribadi baru.

Pembelian jet peribadi yang dianggarkan berharga lebih USD 70 juta itu didedahkan ahli parlimen pembangkang pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Dengan pembelian terbaru tersebut, ia m#enambah jumlah jet pribadi dimiliki pentadbiran Najib sebanyak tujuh buah.




Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini melahirkan rasa terkejut dengan pembelian tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan melampau ketika negara menanggung hutang besar.

“Saya terkejut dengan pembelian jet terbar#u Najib ini. bagaimana dia boleh bertindak sedemikian sewaktu Malaysia sedang menanggung hutang dalam negeri sebanyak RM 580 bilion.

“Jika dibahagi kepada setiap rakyat, seorang akan Tanggung RM 19,000.

“PM kena jawab apa sebenarnya yang sed#ang berlaku (mengenai aliran tunai) ini,” tegas Teresa.


Surat setuju terima perolehan jet yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri

Selain menyatakan Najib tidak sensitif atas kesengsaraan rakyat Kelantan yang terkesan akibat banjir, Teresa berkata, pembelian jet tersebut adalah pembaziran wang pembayar cukai.

“Rakyat Kelantan sedang menderita dengan ban#jir, tetapi PM tidak fikir tentang rakyat bawahan. Kita kecewa dengan pentabiran yang membazir ini.

“Ini bukan duit Najib, ini duit pembayar cukai,”ujar Teresa.

Najib boros beli Airbus ACJ 320

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi #Ramli berkata, pentadbiran Najib berterusan meneruskan pembaziran, di saat negara masih lagi terkejut dengan skandal 1MDB.

“Tindakannya membeli sebuah lagi jet pribadi ini betul-betul menimbulkan kemarahan rakyat, tatkala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu lagi.

“Namun, nampaknya rakyat sekali lagi kena tang#gung bayar jet peribadi Najib,”ujar Rafizi.

Jet dari model Airbus Corporate Jetliner(ACJ 320) itu dibeli kerajaan pada Disember 2014 dengan kaedah sewa beli secara runding terus.

Tambah Rafizi, jet baru itu akan menanggung lebih banyak kos berbanding jet peribadi sebelum ini.

“Jika yang sedia ada iaitu ACJ 319 mempunyai ko#s RM 28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta bagi penyelenggaraannya, saya pasti jet baru Najib ini akan menanggung kos lebih besar dari itu.

“Itu belum kos minyaknya lagi,” kata Rafizi.

Beliau mendesak Najib membatalkan pembeli#an tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

“Saya desak Najib batalkan pembelian ACJ 320 ini.

“Beliau perlu minta maaf kepada seluruh raky#at Malaysia kerana tindakannya ini membelakangkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia,” tegas Rafizi lagi.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved