ONEXOX
BannerFans.com

DJ TERLANJUR KATA, SINAR FM BUAT PERMOHONAN MAAF

on Monday, March 16, 2015



Gara-gara terlanjur kata ketika bersiaran secara langsung dari konti radio, sebuah stesen radio popular di negara ini ter#paksa membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya.

Sinar FM pada 14 Mac yang lalu memuat naik kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada pendengar setia stesen itu.




"Sinar FM ingin memohon maaf k#epada semua pendengar setia kami. Kami amat kesal di atas kejadian yang berlaku hari ini di mana penyampai kami telah terlanjur kata kepada seorang pemanggil. Untuk makluman para pendengar, kami dikawal oleh kod tatalaku yang ketat dan tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang melanggar kod tersebut. Atas kejadian itu, tindakan telah pun diambil. Kami ingin memohon maaf sekali lagi dan berterima kasih kepada para pendengar yang setia di atas kerjasama dan sokongan yang berterusan."

Difahamkan, penyampai radio yang bertugas ketika itu didakwa terlanjur kata, "Sakai betullah kau ni,"  pada seorang pemanggil lelaki yang terputus panggilan yang dipercayai berasal dari Johor.

Ekoran dari itu, ramai netizen meny#erbu laman Facebook rasmi Sinar FM dan mengkritik tindakan penyampai radio berkenaan.



Menurut netizen, penyampai radio yang dimaksudkan itu adalah Kieran. Bagaimanapun, ada sesetengah netizen beranggapan berkemungkinan Kieran tidak sengaja atau mungkin dalam niat mahu bergurau dengan si pemanggil.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved