ONEXOX
BannerFans.com

PENJELASAN LENGKAP KEPADA PERSOALAN 'KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK KAYA'

on Thursday, March 26, 2015



SOTONG == SONTOT? KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK KAYA?

Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang #dari 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia.

Walhal kalau ikutkan populasi orang Melayu ada 60%. Kenapa jumlah kekayaan orang Melayu di Malaysia ni sikit sangat? Mungkinkah kerana orang Melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan Melayu?

Kalau ikut pendapat saya, o#rang Melayu akan kekal miskin sebab kita tak mahu belajar cara nak tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri. Anda tengok gambar buku-buku best-seller di premis MPH pun anda dah nampak perbezaan kualiti bacaan buku orang melayu. Mereka lebih berminat mengetahui bertapa sotongnya, perfect, sombongnya suami-suami mereka.

Nak bukti lagi? Cuba teka majority orang apa yang pergi :

1. Perhimpunan Bantahan GST

2. Yang layan drama cerita suami sotong, n raja lawak

3. Turun Karnival mengarut macam Jom Heboh!

4. Yang minta dan harapkan BRIM.

5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tapi rumah sewa je. Sedangkan mereka tahu yang kereta tu akan susut nilainya

6. Duduk rumah sewa lama-la#ma. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas itu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah dah sampai level "mampu-tengok" saja sebab bila time rumah masih level mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk macam kereta, handphone.

7. Bila suruh berniaga atau kerja sales, mereka cakap pekerjaan ini 'takde kelas'. Lebih senang berkerja pejabat dalam aircond walaupun gaji kecil.

8. Duit takde tapi terus nak kahwin. Sanggup berhutang RM20k-RM50k untuk kahwin.

Kalau nak terus buat perk#ara di atas, janganlah selepas ini sibuk nak menyalahkan org lain, kerajaan, bangsa kenapa kita kekal di takuk lama dan tak berharta. Jangan nak salahkan orang Indonesia atau Bangladesh yang bekerja keras sampai boleh buka perniagaan sendiri. Allah itu Maha Adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tak kira warna kulit ataupun agama.

Ketika kita sibuk di buat semua benda karut di atas, ada yang sibuk buat benda lain :

1. Fikir macam mana nak ting#katkan pendapatan 60% sebab GST 6% akan bermula bulan depan secara berniaga atau pelaburan.

2. Pergi belajar ilmu pelaburan sebelum melabur apa pun. Banyak sifu-sifu terrer yang low profile seperti:

Saham : Alwi Adam EzazWealth, Pakdi Suzardi M,

Hartanah : Abang Ensem, Rohaniahnoor Di Sini, Azizul Azli Ahmad, Shafie Bustan, Ishmael Ho, Wan Infolelong

Emas : Azizi Ali Mentor Wa#ng, Afyan Mat Rawi.

Kewangan (simpan duit): Azizi Ali, Zaidi Ismail

Bukan mahal pun. Kalau anda rasa nak bayar beli buku RM30 dan masuk kursus RM200-RM300 tu mahal, cuba tanya mereka yang pernah kerugian berpuluh dan beratus ribu sebab salah mel#abur.

3. Belajar ilmu perniagaan dengan pakar perniagaan macam Puan Ainon (maaf saya tak dapat nak tag beliau. Kalau ada berkawan dgn beliau boleh tag dia ke post ini).

Masih tak percaya lagi? Cuba t#eka bangsa mana yang tak nak belajar lepas tu kena sontot emas, FOREX, MLM dan pelbagai variasi skim cepat kaya/sontot? Bila kerja kita asyik baca buku/tengok televisyen mengenai suami sotong, memang padanlah kita disontot.

WE ARE, WHAT WE READ.TO CHANGE YOUR LIFE, CHANGE WHAT YOU READ EVERYDAY.

KITA ADALAH APA YANG KITA BACA. KALAU NAK UBAH NASIB, KENA UBAH BAHAN BACAAN.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

krenggge said...

Mana yang suka nk kaya, pandai2lah berusaha...
Mana yang suka miskin, mereka pun ada alasan tersendiri..
Kaya kalau berutang bunga sana sni, makan riba sana sini, pun x diredhai oleh ALLAH pun tak guna.
Miskin selagi tak menyusahkan orang, tak meminta sedekah dengan kerajaan, Alhamdulillah. Mereka bersyukur seadanya dengan pekerjaan dan rezki mereka.
Amin.


March 26, 2015 at 6:05 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved