ONEXOX
BannerFans.com

TERKINI: PUNCA CO-PILOT GERMANWINGS SENGAJA HEMPASKAN PESAWAT AMAT MENGERIKAN

on Thursday, March 26, 2015



Pembantu Juruterbang pesawat Germanwings dengan sengaja menjunamkan pesawat sehingga terhempas. Perkara itu disahkan oleh Pendakwaraya Marseilles, Bryce Robin dalam si#dang media hari ini.

"Kami berjaya mendapatkan 10 minit terakhir transkrip pesawat itu. Dalam 20 minit pertama kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang berbual secara normal antara satu sama lain.

"Kemudiannya, kami men#dengar arahan meminta pembantu juruterbang untuk mengambil alih dan kami mendengar bunyi kerusi ditolak ke belakang dan pintu kokpit ditutup. Oleh itu, kami menganggap bahawa juruterbang telah pergi ke tandas untuk membuang air

"Pembantu juruterbang pada ketika itu mengawal pesawat dan semasa dia bersendirian... dia telah menggunakan sistem pemantauan penerbangan dan dari situlah pesawat mula menjunam

"Tindakan tersebut hanya boleh dilakukan secara sukarela...

"Kami dengar beberapa lau#ngan juruterbang meminta untuk mengakses kokpit. Beliau telah memperkenalkan dirinya pada sistem interkom tetapi tidak ada jawapan daripada pembantu juruterbang.

"Dia kemudian mengetuk pintu dan meminta agar dibuka. Namun turut tidak diendahkan pembantu juruterbang itu.

"Menara kawalan kemudian me#minta mereka untuk melakukan isyarat kecemasan tetapi sekali lagi tidak ada jawapan dari dalam kokpit pesawat tersebut untuk memberitahu keutamaan bagi pendaratan cemas.

"Pesawat lain cuba untuk menghubungi pesawat Airbus ini, namun juga tidak mendapat maklumbalas

"Terdapat sistem penggera yang te#lah hidup apabila pesawat mula menghampiri daratan dan kemudian kami mendengar bunyi pintu cuba dirempuh lagi.


Andreas Lubitz, 28 tahun, pembantu juruterbang warga German

"Ia adalah pintu kokpit namun telah diperkukuh mengikut piawaian Antarabangsa

"Oleh sebab itu, penggera tersebut tidak dapat didengari sehingga pesawat itu benar-benar terhempas

"Tidak ada isyarat kecemasan, tia#da isyarat Mayday(Kecemasan) yang diterima oleh menara kawalan walaupun banyak panggilan kepada pesawat itu dilakukan.

"Tafsiran pada hari ini, dan saya bercakap 48 jam selepas nahas itu... kemungkinan besar disebabkan oleh pembantu Juruterbang - Tindakan yang disengajar - Enggan membu#ka pintu kabin untuk juruterbang.

"Dia enggan membuka pintu kokpit dan bertindak menekan butang yang memulakan prosedur pesawat menurun.

"Saya mengingatkan anda bahawa dalam tempoh lapan minit terakhir pesawat ini menjunam dari 12,000m ke 2,000m."

Apabila ditanya jika tindakan p#embantu juruterbang adalah tindakan bunuh diri. "Saya tidak akan menyebut perkataan ini kerana saya tidak tahu."

"Dia tidak mempunyai sebab untuk melakukan tindakan itu.

"Pembantu Juruterbang baru bekerja beberapa bulan dan mempunyai rekod 100 jam penerbangan menggunakan pesawat ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved