ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. KERANA GAJI RENDAH, 3 KELUARGA PENJAWAT AWAM TERPAKSA BERHIMPIT DUDUK SERUMAH

on Monday, March 16, 2015



KUALA LUMPUR - Satu rumah didiami 3 keluarga di mana setiap satunya terpaksa hidup berhimpit-himpit di dalam bilik kecil kerana ketua keluarga tidak mampu menyewa rumah di bandar besar denga#n gaji kakitangan awam yang berpangkat rendah.

'Penderitaan' itu didedahkan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda sendiri yang mendakwa itu adalah realiti yang dihadapi oleh ramai penjawat awam yang hidup di bandar seperti Kuala Lumpur, dan Johor Bahru.

Keluarga terbabit terdiri d#aripada pembantu pejabat dan pembantu am iaitu penjawat awam kumpulan sokongan berpangkat rendah G11.

Difahamkan, golongan ini memasuki perkhidmatan awam dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana gaji pokok mereka hanya dalam lingkungan RM805 dan RM820.

Elaun Sara Hidup (COLA) p#ula sebanyak RM300 dan Elaun Perumhan RM180. Secara kasarnya, gaji beresih yang diperolehi adalah sekitar RM1,258 dan RM1,300.




Menurut Presiden CUEPCAS yang mewakili 1.5 juta penjawat awam berkata, gaji golongan terbabit hanya cukup untuk menyewa bilik di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Shah Alam dan Klang yang merujuk kepada kadar bayaran sewa sekitar  RM600 hingga RM800.

"Bukan saja bandar besar, se#setengah tempat seperti Bintulu (Sarawak) kadar sewa bilik adalah RM500 sebulan," katanya.

Tambahnya lagi, kebiasaannya latar belakang keluarga mereka adalah golongan muda yang mana hanya ada seorang saja yang menyara keluarga iaitu suami, ada seorang anak ataupun tiada dan berhijrah dari luar bandar.

"Jadi dalam satu rumah teres s#etingkat dengan 3 bilik tidur, 1 keluarga akan sewa satu katil. Suami, isteri dan anak semuanya bersempit-sempit dalam 1 bilik tidur.

"Apabila saudara mara keluarga A datang melawat dan perlukan ruang lebih besar, keluarga B atau C akan berpindah keluar sementara dan tinggal tempat lain.

"Apabila saudara mara keluar#ga B pula datang melawat, giliran keluarga A pula keluar," katanya.

Terdapat kira 300,000 kakitangan berpangkat G11 seluruh negeri, kata Azih.

Jumlah itu tidak termasuk guru, an#ggota polis, tentera dan kakitangan kesihatan, mereka adalah golongan majoriti di setiap jabatan kerajaan.

"Ini sebab kami sering mendesak supaya kuota rumah kos rendah dihapuskan bagi penjawat awam. Perumahan tidak boleh hanya diberikan kepada sektor swasta tetapi perlu dijadikan tanggungjawab sosial kerajaan," katanya.

CUEPACS sebelum ini sering meneka#nkan isu gaji rendah penjawat awam.

November lalu, Azih menyeru gaji kakitangan awam dinaikkan 10% ekoran kenaikan kos sara hidup.

Minggu lalu, beliau turut mendesak kerajaan menilai semula elaun seperti Cola, perumahan, perjalanan dan daerah, supa#ya setimpal dengan kadar semasa harga barangan.

Azih pada 7 Mac lalu dilaporkan berkata, kerajaan masih belum mengumumkan sama ada mereka akan menyemak semula elaun walaupun perdana menteri membenarkan supaya satu kajian dilakukan.

"Tidak ada gunanya jika kamu ambil masa terlalu lama menyiapkan kajian kerana kos sara hidup semakin meningkat. Kerajaan perl#u buat keputusan segera," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Dijohor juga mempunyai fenomena yang sama.


March 16, 2015 at 12:50 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved