ONEXOX
BannerFans.com

SINGAPURA RAYU RAKYAT TIDAK KELUAR NEGARA KETIKA HARI KEBANGSAAN

on Monday, March 16, 2015



SINGAPURA - Speaker Parlimen merayu kepada rakyat republik ini agar tidak keluar negara sepanjang cuti e#mpat hari ketika pulau di hujung Malaysia itu meraikan hari kebangsaan ke-50, Ogos depan.

Halimah Yaakob membuat rayuan itu selepas kerajaan mengisytiharkan cuti tambahan sempena hari kebangsaan.

"Saya merayu kepada rakyat Si#ngapura agar tidak bercuti di luar negara ketika cuti panjang hujung minggu Ogos depan. Saya sedar rakyat Singapura sering mengambil peluang bercuti di luar negara bersama-sama keluarga jika ada cuti panjang di hujung minggu.

"Saya tidak kisah jika cuti lain, tetapi saya amat berharap sempena sambutan ulang tahun ke 50 Singapura kali ini, mereka tidak ke luar negara. Sebaliknya menyambut hari kebangsaan bersama-sama.

"Pasti menyedihkan apabila meliha#t suku daripada penduduk Singapura bercuti di luar negara ketika sambutan itu," kata Halimah.




Kerajaan Singapura sebelum ini mengisytiharkan 7 Ogos sebagai cuti umum sempena sambutan itu. Cuti tambahan itu jatuh pada hari Jumaat dengan Isnin secara automatik menjadi cuti umum kerana hari kebangsaan jatuh pada Ahad tahun ini. Ini bermakna, rakyat di pulau hujung akan menikmati cuti hujung minggu yang panjang dari 7 hingga 10 Ogos.

Halimah juga berharap, rayuann#ya itu juga akan disokong oleh agensi percutian.

"Saya sedar agensi percutian akan terjejas. Tetapi saya berharap mereka faham dan melihat alasan kita mengisytiharkan cuti tambahan.

"Kerajaan tidak sesuka hati mengisytiharkan cuti. Kita sudah memikirkannya secara mendalam. Adalah penting bagi kit#a meraikan bersama keluarga, rakan dan jiran supaya kita dapat menikmati makna sebenar sebahagian daripada negara," katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved