ONEXOX
BannerFans.com

USIA PERSARAAN PENJAWAT AWAM KEKAL 60 TAHUN

on Tuesday, March 10, 2015



KUALA LUMPUR - Mengulas mengenai cadangan CUEPACS yang meminta kerajaan melanjutkan usia persaraan penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menegaskan usia persaraa#n penjawat awam dikekalkan kepada 60 tahun sahaja.

"Kita akan kekalkan usia persaraan pada 60 tahun kerana kita baru saja melaksanakan peningkatan had umur dari 58 kepada 60 tahun," katanya pada media sekali gus menolak cadangan tidak masuk akal CUEPACS.

Bagaimanapun, Presiden C#UEPACS, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan patut mengadakan perbincangan dengan CUEPACS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan itu dan bukannya menolak terus cadangan yang diutarakan.

Tindakan Tan Sri Dr. Ali Hamsa itu seperti memperlekehkan pandangan pertubuhan itu. Seandainya perkara itu telah diputuskan setelah perbincangan dua pihak telah diadakan, tiada masalah untuk CUEPCAS menerima keputusan itu.




"Kita CUEPACS sangat kecew#a dengan tindakan pihak kerajaan kerana jelas tiada perbincangan yang dilakukan antara dua pihak berhubung cadangan ini.

"Kerajaan sepatutnya mengambil masa untuk mengkaji cadangan ini, bukannya menolaknya. Jangan ambil cadangan kami sebagai satu sampah dan terus buang dalam tong sampah," katanya.

Jawapan balas dari Presid#en CUEPACS ini jelas sekali tidak mengambil kira pandangan penjawat awam yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cadangan melanjutkan usia persaraan itu.

Majoriti penjawat awam membantah dan menganggap cadangan CUEPACS itu bukannya mewakili suara penjawat awam 100%.

"Siapa mereka (CUEPACS) na#k bersuara untuk kami sedangkan tak ada pun sebarang bancian yang diberikan kepada mana-mana penjawat awam mengenai cadangan ini dan tanya sama ada kami setuju ataupun tidak?

"Mereka (CUEPACS) hanya tahu membuat cadangan dan keputusan sendiri yang jelas sekali mereka tidak mempedulikan nasib penjawat awam yang sebenar," kata seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya.

Menurut seorang penjawat awam wanita lagi, tindakan CUEPACS ini secara tidak langsungnya menyekat peluan#g orang muda untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Tambahnya lagi, orang awam dan penjawat awam sendiri mula mempersoalkan apakah peranan CUEPACS yang sebenarnya, membantu penjawat awam atau membantu 'diri sendiri'?

Presiden CUEPACS sebelum ini m#eminta kerajaan mempertimbangkan cadangan melanjutkan usia persaraan penjawat awam dengan membandingkan tindakan negara seperti Singapura, Thailand, Sri Lanka, Eropah dan Amerika Syarikat yang menetapkan umur persaraan mencecah 65 tahun.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved