ONEXOX
BannerFans.com

Bekas Bos Astro Awani Tegur Wartawan hlive!

on Tuesday, April 28, 2015



Jika sebelum ini ramai pihak mengkritik Mawar Rashid dek kerana pengetahuannya yang cetek tentang GST, kali ini bekas wartawan terkenal tanah air, Suhaimi Sulaiman tampil menegur wanita yang menggelarkan dirinya ‘reporter’ di dalam video tersebut.

Menurut Suhaimi yang merupakan bekas Managing Editor di sebuah saluran berita tempatan, wartawan tidak sepatutnya berlagak angkuh ketika mengendalikan interview tersebut.

Jangan Berlagak Angkuh



Menerusi status yang dikongsi olehnya di laman Facebook, Suhaimi menjelaskan wartawan tersebut seharusnya bijak dalam mengendalikan interview.

Boleh bertanyakan soalan yang susah namun tidak sepatutnya ‘pressure’ dan menampakkan responden kurang cerdik di hadapan camera.

Walaupun sedar interview tersebut dilakukan atas sebab ‘format’ yang telah ditetapkan namun ia bukan alasan untuk berlagak angkuh.

Perlekeh Etika Kewartawanan



Menurut Suhaimi, banyak lagi cara untuk menguji tahap pemikiran seseorang. Apa yang dilakukan oleh wartawan terbabit baginya jelas memperlekeh etika kewartawanan.

Pandangan dan pendapat Suhaimi ini mendapat banyak respon positif pengguna laman sosial.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved