ONEXOX
BannerFans.com

GST berjaya! Menteri jangka 80,000 aduan, tapi 800 saja

on Wednesday, April 1, 2015



Sehari selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Timbalan Menteri Kewa#ngan Ahmad Maslan meluahkan rasa terkejut apabila “hanya” 800 aduan berkaitan cukai baru itu dibuat.

Katanya perkara itu menunjukkan permulaan baik kepada pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.

“Pada mulanya kam#i jangkan mungkin ada 8,000, 18,000 atau 80,000 aduan, memandangkan rakyat Malaysia sebanyak 30 juta,” katanya.

Beliau berkata kerajaan hanya menerima 815 aduan berhubung langkah kerajaan melaksanakan GST, sebuah cukai kontroversi yang ditentang aktivis dan pembangkang.

Beliau berkata dem#ikian ketika menjawab soalan Sapawi Ahmad Wasali (BN–Sipitang) berhubung tindakan kerajaan untuk membendung aktiviti memasukkan bayaran GST untuk barangan berkadar sifar atau dikecualikan.

Sapawi juga membangkitkan kemungkinan pengguna dikenakan bayaran berganda SST dan GST.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved