ONEXOX
BannerFans.com

Juwie meninggal dunia

on Friday, April 3, 2015



KUALA LUMPUR 3 April - Wartawan hiburan popular yang pernah terkenal dengan kolum Auw! Juwie di akhbar Mingguan Malaysia, Abdul Jalil Saleh, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini.

Beliau yang juga terkenal dengan nama pena Juwie, meninggal dunia selepas koma hampir dua ming­gu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Juwie, 62, dimasukkan ke HUKM pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit ber­kenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya semakin terjejas.

Juwie memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984 dan kemudian menjadi Pengarang Majalah Mangga pada 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.

Semasa hayatnya, Juwie begitu berbakat dan kreatif dalam bidang penulisan lirik lagu.

Keunggulannya dalam bidang penulisan lirik begitu terserlah sehingga karyanya pernah diangkat sebagai Juara Lagu pada 1988 me­lalui lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ciptaan Datuk Ahmad Nawab, nyanyian Ramlah Ram.

Antara penyanyi terkenal lain yang pernah mendapat sentuhan kreativiti Juwie di dalam lagu adalah Datuk Jamal Abdillah, Alleycats, Norsheila Amin, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May.

Selepas bersara daripada dunia akhbar, di penghujung hayatnya, Juwie banyak melibatkan diri de­ngan kerja-kerja amal, termasuk terlibat dengan agensi yang membawa jemaah mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham di HUKM ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang Baru, dijangka pukul 9 pagi esok.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved