ONEXOX

Kisah Najib yang bijaksana... (rugi kalau tak baca)

on Thursday, April 30, 2015



Satu hari Najib bertanya kpd Tun M, "Tun, macam mana ya Tun mentadbir negara dan kerajaan dgn sangat efisien dan cemerlang? Ada apa2 tips atau formula Tun boleh bagi kat saya?".

Tun pun menjawab, "Perkara yang paling penting...yang amat2 penting sekali ialah sebagai seorang PM, kita mestilah dikelilingi oleh orang2 yang bijak dan pintar".

Najib ternganga, kemudian bertanya, "Tapi macamana nak tahu orang yg berada di sekeliling kita itu benar2 bijak dan pintar?"

Tun menghirup kopi kemudian berkata, "Oh, itu senang saja.. hanya tanyakan mereka satu soalan teka-teki, dan minta mereka menjawabnya dengan tepat".

Tun menekan butang intercom. "Minta Tun Daim masuk ke bilik saya sekarang, thank you". Tun Daim berjalan masuk ke dalam bilik dan berkata, "Ye Tun?"
Tun M tersenyum dan berkata, "Tolong jawab soalan aku ini, Daim..ibu dan ayah kamu ada seorang anak. Dia bukan abang kamu dan bukan juga kakak kamu..dan bukan juga adik kamu..siapakah dia?"

Dengan pantas Tun Daim menjawab, "Jawapannya 'dia' itu sudah pasti saya, Tun". "Yaa! Sangat baguss..tepat sekali jawapannya kau memang bijak Daim ", kata Tun M.

Najib pun balik ke pejabatnya lalu memanggil Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan. Najib kemudian menanyakan soalan yg sama kpd Ahmad Maslan. "Ko jawab soalan aku ni ...ibu dan ayah kamu ada seorang anak. Dia bukan abang dan juga bukan kakak kamu. Adik kamu pun bukan. Siapakah dia?".

"Saya tak pasti, boss". Kata Ahmad Maslan. "Boss bagi saya masa kejap saya nak pikir." Ahmad Maslan pun terus pergi menemui penasihat2 dan SU2 nya, tapi seorang pun tak dapat memberikan jawapan.

Akhirnya ketika berada di dalam tandas, dia terdengar suara orang menyanyi dari dalam tandas sebelah dan dia sangat kenal suara tersebut. Itu suara Lim Guang Eng. Ahmad Maslan cuba untuk tidak bertanya kpd Lim Guang Eng krn mereka adalah musuh politik.

Tetapi kerana terdesak, Ahmad Maslan pun bertanya juga pada Lim Guang Eng. "Lim, boleh tak awak tolong jawab soalan ni untuk saya..ibu dan ayah awak ada seorang anak dan dia bukan abang atau kakak awak..adik awak pun bukan. Siapakah dia?".

Lim menjawab separuh berteriak , "Senang je tu..jawapannya dia itu ialah saya". Ahmad Maslan tersenyum lebar , dan berkata , "Terima kasih Lim !"
Kemudian diapun bergegas pergi ke pejabat Najib. "Bos, saya dah buat sedikit kajian dan research dan saya dah tahu jawapan teka teki bos tu..", kata Ahmad Maslan sambil tersenyum. "Ok, kalau macam tu, apa jawapannya? Siapakah dia?" tanya Najib.

Ahmad Maslan dengan bangganya menjawab, "Bukan abang dan bukan kakak saya dan juga bukan adik saya...dia ialah Lim Guan Eng, bos!"

Najib bangun lalu menendang Ahmad Maslan..dan dengan sangat marah dia menjerit, "Bodoh! Bahalol! Bangang! Jawapan kau tu salah, bodoh! Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab! Bodoh!".

Kemudian Ahmad Maslan bertanya, "Bos, kalau bukan Lim Guang Eng, apa jawapan yang sebetulnya bos?"

Lalu dengan kompidennya Najib menjawab, "Jawapannya ialah Tun Daim la, bodoh..."



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved