ONEXOX
BannerFans.com

'LUPAKANLAH KESALAHAN NAJIB' - UNCLE SAMY VELLU

on Monday, April 27, 2015




Bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata, Datuk Seri Najib Razak merupakan perdana menteri yang dapat memahami kesusahan golongan tidak berkemampuan.

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan Najib, yang kini menjadi sasaran serangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Najib... ada hati perut, dia memahami orang miskin,” kata Samy kepada pemberita.

Samy juga berkata, Najib mudah didekati dan tidak seperti yang didakwa oleh Mahathir.

"Jika saya ambil telefon untuk panggil perdana menteri (dan bertanya) 'boleh saya bertemu pada jam 6?,' dia akan akan 'datanglah segera'. Itulah Najib,” kata Samy.

Oleh itu beliau menggesa agar Mahathir menghentikan serangan tersebut dan mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan isu yang dibangkitkan secara tertutup.

"Jika kita ada apa-apa (yang tidak disenangi), kita patut pergi bercakap secara bersemuka. Bukan menyerang satu sama lain.

"Ini bukan hanya akan melemahkan BN tapi juga semua termasuk Umno, MCA, MIC dan semua yang lain,” katanya.

Bekas menteri kerja raya itu juga meminta rakyat menghargai usaha yang dijalankan Najib dan melupakan kesalahan yang dilakukan perdana menteri.

“Setiap orang membuat kesilapan di sana sini. Perkara yang terbaik, lupakanlah dan berusaha memperbaiki keadaan demi negara,” kata Samy.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Betul apa yang Samy kata pasal Najib tu, kalau panggil keluar minum kopi jam 1.00 pagi pun Najib boleh sampai punya dan itulah kelebihan Najib diantara kesemua PM Malaysia sebelum Najib (kerana) Najib dikelilingi oleh para con - sultan yang membuat semua kerja kerja Najib tidak seperti mana PM PM sebelum Najib (ditolak Dolah Tido) yang terpaksa berkerja keras dengan barisan kabinet yang ada demi negara.


April 27, 2015 at 11:52 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved