ONEXOX
BannerFans.com

'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR

on Monday, April 6, 2015



Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar-benar menerima 'kesan' yang besar dari seluruh rakyat di negara ini yang meluahkan pelbagai perasaan puas/tak puas hati sama ada dalam bentuk gambar atau teks yang kebanyakkannya menyindir GST.

Namun, berbeza dengan seorang penyanyi lagu Assalamualaikum, Faizal Tahir yang menyuarakan pendapatnya di Twitter agar orang ramai redha dan rezeki itu datang dari Allah.

Enggan bersetuju dengan kata-kata Faizal Tahir yang pernah menjadi ikon Superman itu, seorang wanita, Amnina Hamzah @AmninaHamzah menyelar penyanyi itu sebagai dungu dan mengarut.

"Kerajaan buat tak betul pun tetap KENA REDHA SEBAB REZEKI TUHAN BAGI, alasan DUNGU seorang artis @faizal_tahir," tweet Amnina.

"Jgn bila kita di ats, kita lupa siapa yg dibawah. Jgn jd mcm @faizal_tahir. mengarut

"@faizal_tahir BUAT PERTAMA KALI AKU X MENYOKONG STATEMENT MACAM NI. YA BETUL Semua rezeki Allah bagi. Kami gaji belas ribu takpa, tapi org kg?" tweetnya lagi.

Marah betul gadis bernama Amnina ini sehingga begitu berani menganggap Faizal Tahir dungu.

Bagaimanapun, tanpa rasa marah dan berkecil hati, Faizal Tahir membalas tweet Amnina dengan nada sakarstik.

"@AmninaHamzah Maafkan sy atas kedunguan saya. Masih bnyk harus sy belajar. Moga Allah melapangkan jiwa dan melimpahkan rezeki anda. Ameen," balasnya tenang sahaja.

Entah apa pula respon Amnina apabila membaca tweet balas ini. Deep.. LOL!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved