ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA MENGHIRIS PERASAAN PEMILIK BMW TERJAWAP. 'PROTON SETANDING DENGAN BMW' - MITI

on Monday, April 6, 2015



Jenama kereta PROTON didakwa mampu bersaing dengan jenama kereta import kerana ia setanding dengan jenama antarabangsa seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda, demikian menurut Kementerian Industri & Perdagangan Antarabangsa.

Perkara itu didedahkan berasaskan penarafan lima bintang yang diberikan oleh Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP berhubung dengan ciri-ciri keselamatannya.

“Pengeluaran model-model kereta Proton terbaharu mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kereta-kereta yang diimport.

“Penarafan ini membuatkan model-model kereta Proton adalah setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,” kata Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar di Dewan Rakyat hari ini yang meminta kementerian itu menyatakan sama ada Proton mampu bersaing dengan kereta import.

Menurut Mustapa, ciri-ciri model Proton ini digabungkan dengan ciri pemanduan serta pengendalian Lotus yang mencetuskan prestasi unit serta memberikan mutu yang memuaskan.

Model Preve, Suprima S dan Iriz yang dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).

Wakil Rakyat Batu Gajah itu juga bertanya, apakah Proton mampu memenuhi pasaran tempatan serta berapa lamakah tempoh menunggu untuk seseorang pelanggan mendapatkan keretanya selepas membuat tempahan.

“Tempoh menunggu bagi tempahan bagi model-model seperti Saga, Iriz, Persona, Suprima S dan Exora adalah sekitar satu bulan.

“Manakala bagi Preve sekitar satu hingga satu setengah bulan, bagaimanapun tempoh menunggu ini bergantung kepada kepada status kelulusan pinjaman pelanggan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved