ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA 4 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU BERBELANJA DI MYDIN BERBANDING TESCO TERHURAI

on Monday, April 6, 2015



Semenjak perlaksanaan GST 1 April lalu, semakin ramai pengguna yang mengambil langkah lebih peka dan berhati-hati ketika berbelanja di pasar raya. Nampaknya, perlaksanaan ini juga ada memberi sedikit kebaikan kepada pengguna.

Seorang lelaki, Abdul Rahman, memuat naik empat gambar barangan yang sama dari dua pasar raya yang berbeza. Jelas sekali, harga yang ditawarkan juga jauh berbeza.

Ikuti pendedahan beliau di bawah:

Saya disuruh ibu saya beli beberapa barangan dapur. Ini antara beberapa barangan yang saya sempat 'compare' harganya antara TESCO dan MYDIN.



1. Colgate dual pack (charcoal deep clean):
TESCO: RM 19.59
MYDIN: RM 12.49
Beza: RM 7.10



2. Sabun Dynamo 1.7kg pack refill: 
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96



3. Sabun pencuci Joy:
TESCO: RM 14.49
MYDIN: RM 9.95
Beza: RM 4.54



4. Sabun Vanish:
TESCO: RM 28.59
MYDIN: RM 22.90
Beza: RM 5.69

Jika anda berbelanja di Mydin, jumlah penjimatan anda adalah RM 18. 29 hanya utk 4 barangan ini sahaja!!! Jadilah pengguna yang bijak. Sokong perniagaan yang tidak menipu dan cekik darah.
_____________________________________________________

Sebenarnya, bukanlah pasar raya Tesco menipu, tetapi pengguna harus bijak mencari kedai untuk melabur. Bukan hanya Mydin saja yang menawarkan harga murah. Adakalanya, pasar raya kecil-kecilan juga mampu menawarkan harga yang jauh lebih murah dari kedua-dua pasar raya itu.

Walau bagaimanapun, itu semua terpulang kepada pengguna sama ada sanggup pergi dari satu kedai ke satu kedai yang mana amalan seperti itu juga melibatkan kos bahan api kenderaan anda. Fikirkan, sebagai pengguna, anda yang berhak memilih. Selamat berbelanja.

nota kaki: Mydin tak bayar kitorang untuk promote kedai diorang. Ini sukarela je.. based on our experience juga.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved