Seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental dilaporkan cuba membunuh diri dengan memanjat bumbung di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (PPUM).
Lapor portal berkenaan, tindakan lelaki itu yang hanya memanjat bumbung yang tingginya setingkat sahaja mengundang rasa geli hati mereka.
"Katanya nak bunuh diri, nampak macam kes serius sangat la kan, tapi apa yang lawaknya cer korang tengok ketinggian yang pesakit ni berdiri. Kononnya nak terjun la bunuh diri tapi alehhhhh, kalau tinggi tu aceno nak bunuh diri.
"Silap-silap kalau terjun tinggi ni je pakai terbaring jela kat katil Pusat Perubatan tu. Benda macam ni memang lah tak lawak tapi ntah lah nak cakap macam mana. Tak tahan nak tergelak haha!," kata penulis berita berkenaan.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada beberapa hari yang lalu sekitar jam 5 petang di PPUM.
Pelaporan berita yang tidak bertanggungjawab ini dikritik oleh para netizen yang menganggap penulis berita berkenaan tidak sensitif dan memperlekehkan pesakit berkenaan.
"Kalau kepala jatuh dulu, terhempas ke jalan, boleh hidup tak apa. Kalau nak mati, bukan soal tinggi atau rendah," kata seorang netizen.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment