Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) semalam digemparkan dengan adegan Johan Raja Lawak mencium isterinya dalam di khalayak ramai yang disaksikan secara langsung oleh seluruh rakyat Malaysia.
Dah macam Grammy Awards!
Johan yang diumumkan pemenang anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular itu secara tidak langsung bangkit dari tempat duduknya lalu mencium bibir isterinya, menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminat hiburan.
Bagaimanapun, ada yang mendakwa tindakan itu spontan yang bukan disengajakan.
"Barangkali mereka cuma mahu cium pipi, tetapi tercium pula mulut," kata seorang peminat Johan.
Walaupun begitu, lebih ramai yang berpendapat adegan dewasa seperti itu tidak perlu dipertontonkan di khalayak ramai.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment