ONEXOX
BannerFans.com

Bekas suami Abby Abadi pilih ibu tunggal cun melecun sebagai isteri

on Wednesday, May 13, 2015



KUALA LUMPUR: Meskipun gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi, namun ia bukan penghalang buat Muhammad Noor Farhan Che Bakar untuk merasai nikmat berumah tangga buat kali kedua.

Farhan bakal diijabkabulkan dengan seorang ibu tunggal anak dua pada 15 Mei depan, selepas mengikat tali pertunangan pada 21 Mac lalu.

Sebagaimana dilaporkan mStar, Farhan menceritakan keistimewaan  bakal isterinya, Noriah Mat Isa yang pandai mengambil hati dan pandai memasak itu membuka pintu hatinya untuk berkahwin lagi, apatah lagi keluarganya turut memberi restu.

“Soal status bukan subjek utama kerana ini adalah soal jodoh yang ditentukan oleh Allah.

“Alhamdulillah keluarga menerima dan merestui perhubungan kami biarpun mengetahui bakal isteri adalah ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.

“Jadi selepas beberapa bulan mendalami isi hati masing-masing, saya mengambil keputusan tidak mahu melengah-lengahkan niat yang baik itu," ujarnya.

Pasangan berkenaan akan dinikahkan di Putrajaya, sementara majlis resepsinya akan diadakan di Rumah MAKSWIP, Kuala Lumpur pada keesokannya.

Farhan dan Abby sebelum ini bernikah pada 9 Julai 2013, di Selatan Thailand.

Namun tidak sampai setahun melayari bahtera rumah tangga, kedua-duanya sepakat untuk bercerai dengan talak satu pada 9 Mei tahun lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved