Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pembayaran BR1M kepada golongan berpendapatan rendah selama ini adalah idea pihak Bank Negara, bukannya dari Pejabat Perdana Menteri.
BR1M adalah idea yang dicadangkan oleh Bank Negara dan bukan gimik politik, kata Najib mengulas dakwaan dan orang ramai termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, bayaran BR1M itu sepatutnya dibayar sekali sahaja untuk membantu golongan berpendapatan rendah sahaja.
"Kita akan terus membantu golongan berpendapatan rendah. Kita perkenalkan BR1M. Tun Dr Mahathir kata BR1M akan buat rakyat malas. Dia tidak bersetuju dengan hal ini," kata Najib kepada 15,000 para hadirin dalam majlis pelancaran projek rumah kos rendah di Johor Bahru, semalam.
"Tetapi BR1M tidak akan menjadikan kita malas. Ia adalah satu jaringankan keselamatan yang akan memindah kekayaan negara dalam tempoh yang singkat," katanya.
Dalam majlis itu, Najib juga bertanya kepada para hadirin sama BR1M membuatkan mereka menjadi malas dan ramai yang menjawab 'TIDAK!'.
"Mahu BR1M diteruskan?" tanya Najib. "Ya!" jawab para hadirin.
Pemberian BR1M diperkenalkan oleh Najib pada tahun 2012, setahun sebelum pilihan raya umum ke-13, yang telah dkritik oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai rasuah untuk memenangi hati pengundi.
Tun Dr Mahathir berkata, program BR1M adalah salah satu sebab mengapa Najib perlu letak jawatan selain dari isu 1MDB dan kes pembunuh model antarabangsa, Altantuya Shaariibuu.
Namun, Najib mempertahankan pemberian BR1M dan turut menyatakan bahawa Indonesia juga turut melakukan program yang sama pada tahun 2013 di mana Indonesia telah memberi bantuan wang tunai kepada 3.2 juta rakyatnya yang berpendapatan rendah.
Walaupun pemberian BR1M itu hanyalah sementara, Najib tidak menyatakan bila kerajaan akan menghentikan bantuan itu yang mana telah menelan belanja sebanyak RM3.64 bilion.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment