ONEXOX
BannerFans.com

'TAK SALAH RAKAM DETIK BERSEJARAH'

on Sunday, May 17, 2015



KUALA LUMPUR - Berikutan gambar selfie seorang graduan UiTM di majlis konvo tersebar dan dikecam, lelaki terbabit tampil memohon maaf.

"Saya minta maaf jika tindakan saya 'selfie' atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan UiTM. Saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma," kata Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21.

Graduan jurusan Fotografi UiTM Lendu, Melaka itu dikecam apabila tindakan tidak beradabnya mengambil gambar 'selfie' dengan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 berlangsung tersebar di laman sosial.

Menurut Hasrul, idea untuk 'berselfie' di atas pentas datang selepas dia pernah melihat istiadat konvokesyen sebuah universiti tempatan yang menampilkan graduan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari melakukan aksi tarian ketika mahu mengambil skrol.

"Saya fikir tindakan itu tidak salah. Mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.

“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” katanya.

Difahamkan, berikutan dengan tindakan tidak beradab Hasrul, Diploma Fotografi yang diterimanya kini digantung oleh pihak UiTM.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved