ONEXOX
BannerFans.com

'INILAH SIKAP MELAYU, DENGKI'

on Friday, May 29, 2015



Anda disarankan tidak membaca tajuk sahaja. Namun, itulah yang diungkapkan oleh seorang lelaki yang bernama Muhd Haikal Arif.

Gambar perbualan diantara pengadu dan Haikal dimuat naik di sebuah laman Facebook S.I Home Shelter yang menunjukkan Haikal dilihat cuba meminta beberapa ekor kucing dari pengadu.

"Kucing-kucing itu boleh bagi pada saya? Kebetulan saya dalam proses nak lancarkan produk racun tikus terbaru. Tapi itulah, susah nak uji keberkesanannya sebab payah nak dapat tikus. Kalau saudari sudi beri kucing-kucing itu pada saya, memang berbesar hati sangatlah," katanya.

Terkejut dengan permintaan dan niat lelaki itu, pengadu segera menolak permintaannya.

Namun begitu, Haikal tidak berputus asa. Sebaliknya memberikan jaminan ujian yang akan dijalankan terhadap kucing-kucing itu tidak menyakitkan dan akan selesai (meragut nyawa kucing) kurang dari tempoh seminit.

Melihat keengganan pengadu, Haikal cuba menawarkan wang ringgit kepadanya.

"Okay-okay, saya beli. 10 ekor untuk RM10. Tolonglah saudara," desaknya.

"Maaflah. You bagi I RM10,000 pun I tak bagi. Terima kasih," balas pengadu.

Berang dengan kedegilan pengadu, Haikal mula melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Inilah sikap orang Melayu. Bukan nak sokong usaha orang sama bangsa. Dah terang-terang saudari nak beri kucing itu kepada orang. Bila dapat tahu kucing itu mungkin berguna untuk bisnes orang, mula nak dengki. Taubatlah saudari. Tak baik perangai macam itu," katanya.

Meskipun dihambur dengan kata-kata seperti itu, pengadu tetap tidak berganjak dengan keputusannya. Sebaliknya mendoakan kejayaan Haikal.

"I doakan you berjaya ya. Saya nak beri tapi bukan untuk dilupuskan. Kalau nak dilupuskan, tak payah susah-susah bagi you," balas gadis itu.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved