ONEXOX

Sayu. Papagomo ‘mengaji kitab’ nak rayu saman Anwar

on Friday, May 29, 2015



Kaki fitnah, Papagomo kini terpaksa membaca buku-buku perundangan untuk menang rayuan terhadap perintah mahkamah supaya membayar RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, 32 terpaksa membeli buku-buku perundangan untuk belajar tentang hak dan bagaimana untuk berhujah di mahkamah rayuan.

“Saya perlu belajar sendiri kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk melantik seorang peguam.

“Adalah sangat sukar kerana saya bukan graduan universiti. Saya perlu tahu cara yang betul untuk meyakinkan tiga hakim di Mahkamah Rayuan,” kata Wan Muhammad Azri mengaku ‘bengap’ dipetik mStar.

Dia kini bekerja sebagai jurulatih kecergasan.

“Isteri saya tidak bekerja. Dan dia hamil,” katanya yang membayar ganti rugi berkenaan secara ansuran jika gagal dalam rayuannya kerana tidak mempunyai apa-apa aset.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved