Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek hari ini mempertahankan kempimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan menyatakan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia itu dipandang tinggi oleh pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika, Barrack Obama.
“Kita di peringkat antarabangsa. Dunia mengenali kita. Dunia mengiktiraf kepimpinan negara kita, Najib. Sama ada kita suka atau tidak, itu saja,” katanya memetik laporan dari The Malaysian Insider.
"Obama mempunyai pandangan tinggi kepada pimpinan YB Datuk Seri.
Selain itu, Hasan Malek turut menamakan beberapa pemimpin dunia lain seperti Presiden China dan juga Presiden Rusia yang mengiktiraf kepimpinan Najib.
“Presiden China malah (Presiden Rusia Vladimir) Putin. Ini semua pemimpin dunia. Mereka mengiktiraf pimpinan kita kerana apa yang kita lakukan selari dengan apa yang rakyat mahu.”
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
"Mereka mengiktiraf pimpinan kita kerana apa yang kita lakukan selari dengan apa yang rakyat mahu." Selari dengan apa yang rakyat mahu? ... oh pleasee jangan buat lawak lagi hasan malek oi...
May 15, 2015 at 7:23 AM
Post a Comment