ONEXOX
BannerFans.com

Mat Maslan toreh getah punca BN kurang undi?

on Sunday, May 10, 2015



Tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan kempen pilihan raya di negara ini yang melucukan, malah memualkan serta lapuk dan ketinggalan zaman. Ikuti tulisan beliau…

Berkempen adalah satu perkara penting dalam setiap pilihan raya, tidak kira pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kebijaksanaan berkempen akan membezakan antara seorang calon dengan calon yang lain. Bukan itu sahaja malah keberkesanan berkempen boleh meyakinkan pengundi kepada seseorang calon.

Tetapi kempen dalam setiap pilihan raya di negara ini bukan sahaja sangat melucukan, malah ada kalanya cukup memualkan. Ini kerana strategi berkempen sudah ketinggalan zaman. Sudah lapuk. Sejak saya masih kanak-kanak hingga sekarang cara berkempen tetap sama.

Oleh kerana itu eloklah cari pendekatan baharu berkempen supaya rakyat tidak bosan. Saya tidak pasti adakah dalam setiap pilihan raya, setiap parti ada pakar strategi masing-masing untuk memenangi hati pengundi. Tetapi kalau benar ada pakar strategi, dengan cara yang ditunjukkan, pakar itu eloklah ditukar. Tidak boleh dipakai lagi.

Tidak usahlah membuat perkara-perkara klise membuat lawatan ke pasar-pasar atau ke gerai-gerai hingga sanggup menjadi ‘tukang masak’, bila melawat pengundi di ladang sanggup pula menjadi ‘penoreh getah.’

Membuat lawatan dan ‘ beramah mesra’ bukannya salah tetapi taktik itu sudah lama sangat. Rakyat tahu sebelum menjadi calon, watak mereka berbeza.Apabila menjadi calon, mereka jadi sesumpah, mahu bertukar menjadi orang lain.

Kalau saya jadi pengundi, saya tidak akan memilih calon yang “pandai” memasak kerana saya hendak mencari pemimpin bukan tukang masak. Kalau hendak tukang masak, saya cari di tempat lain.

Saya fikir cukuplah dengan tiba-tiba calon menjadi sesumpah, bertukar warna seolah-olah menjadi seorang hamba rakyat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved