ONEXOX
BannerFans.com

Pemuda PAS Mahu Pemandu Kereta Myvi Yang Bersalah Bayar Pampasan RM1.2 Juta Kepada Keluarga Mangsa

on Monday, May 4, 2015



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff mahu pemandu kereta Myvi yang terlibat dalam lumba haram yang menyebabkan kematian tiga sekeluarga supaya membayar sebanyak RM1.2 juta kepada keluarga mangsa.

Menurut beliau bayaran ini adalah berdasarkan undang-undang bagi jenayah pembunuhan tanpa niat menurut Islam.

‘Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Ia sangat berbeza dengan ketetapan ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau apa yang dinyatakan ini adalah berdasarkan undang-undang Islam, penjenayah kes terebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar `diyaat asal’iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta.

Jadi undang-undang Islam lebih baik daripada undang-undang sivil yang sedia ada kerana bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah, tetapi membela waris mangsa dengan sewajarnya.

“Oleh kerana itulah PAS bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Undang-undang Syariat ini kerana ia jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved