KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baru.
"Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus... lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.
"Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun. Kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas, dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?," katanya pada majlis sepetang bersama dengan veteran Umno di PWTC, semalam.
Najib juga berkata, beliau enggan mendedahkan beberapa kepincangan semasa di zaman pemerintahan Dr Mahathir kerana ia akan menjejaskan parti UMNO.
"Ingat masa Tun M tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita," katanya.
Sebaliknya, Najib berkata beliau mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti itu boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama.
"Kita nak jaga parti... parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan UMNO, sayangkan UMNO. Kalau kita ada masalah kita betulkan, kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan termasuk 1MDB," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment