ONEXOX

'SAYA TIDAK PERNAH GANGGU RITA'

on Tuesday, May 26, 2015



Rita Rudaini sebelum ini mendedahkan, isteri kepada bekas suaminya, Aidil Zafuan, kerap kali menganggunya dan mengintai laman Instagramnya.

Bagaimanapun, Aidil Zafuan menafikan dakwaan itu. Dan baru-baru ini, Aidil juga menjelaskan mengapa dia menghubungi Rita pada hari kejadian iaitu pada tengah malam.

"Malam itu, saya cuma menghubunginya sekali sahaja. Saya rasa tidak pernah menganggunya. Malah, isteri saya pun tidak ada menghubunginya. Tidak ada guna isteri saya mahu mencarinya tanpa ada sebab.

Tidak! (tak lupa tanggungjawab). Saya sudah banyak kali menghubungi anak. Setiap kali menelefon, pasti tidak berjawab. Saya hanya menghubungi Rita kerana hal anak-anak.

"Kali terakhir saya hubungi bila mahu berjumpa dengan anak kedua semasa hari jadinya. Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita untuk bertemu anak-anak.

"Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah.

"Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk bertemu dengan anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri.

"Biarlah. Itu terpulang kepadanya.

RITA TAK MAAFKAN AIDIL

"Saya memang sudah puas dihentam peminat-peminat Rita. Tapi saya bersabar. Saya juga sudah memandang ke depan bersama kehidupan baharu saya," luah Aidil yang jelas sekali kecewa dengan apa yang berlaku.

Pertelingkahan di antara Rita dan Aidil ini seperti tiada kesudahan. Yang menjadi mangsa, adalah anak-anak mereka. Sungguhpun sudah bercerai, janganlah pisahkan anak dari ayah mereka. Sudah tentu mereka juga mahukan kasih sayang dari seorang lelaki bergelar ayah.

Mungkin hari ini tidak nampak kesannya, tetapi di zaman persekolahan kelak, pasti akan terasa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved