ONEXOX
BannerFans.com

'WEI ANAK HARAM!'

on Tuesday, May 26, 2015



Beberapa hari lalu, Aidil Zafuan membuat laporan polis selepas nombor telefon isterinya didedahkan oleh Rita Rudaini melalui Instagram menyebabkan pasangan itu menerima gangguan dari orang yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, Rita menafikan dakwaan itu dan tidak pernah menyatakan bahawa gambar yang dimuat naik di laman Instagram itu adalah nombor Zarema. Sebaliknya ia dia didedahkan oleh seorang individu yang juga peminat Rita Rudaini.

Bagaimanapun, Aidil Zafuan mendedahkan punca sebenar dia membuat laporan polis kerana menerima gangguan dari seorang individu yang kerap menghantar mesej yang biadab terhadap mereka.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Aidil Zafuan itu, tidak hairanlah mengapa beliau terpaksa membuat laporan polis. Individu terbabit terlalu biadab sehingga mengaitkan ibunya dalam cubaan memprovokasi Aidil.



Bagaimanapun, Aidil hanya relaks dan membalas mesej individu itu dengan mesej yang singkat.

"Salah satu sebab saya buat report polis. Kadang-kadang kelakar dapat gangguan dari orang macam ni. Macam-macam ragam," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved