ONEXOX
BannerFans.com

Tak rasmi: BN menang majoriti kurang

on Tuesday, May 5, 2015



Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini, Bernama melaporkan calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi majoriti.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 72 peratus.

Ada dua isu besar mendominasi kempen pilihan raya umum ini, iaitu hudud dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada masa sama, BN bersungguh-sungguh mahu menunjukkan prestasi terbaiknya ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdepa kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved