ONEXOX
BannerFans.com

Calon BN Berang Hasan Malek Buat Kenyataan Bangang

on Tuesday, May 5, 2015



ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Ariffin berang dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan yang didakwa telah membuat kenyataan bodoh.

Datuk Seri Hasan Malek pada Sabtu dilaporkan berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 5 Mei menjadi penentu sama ada rakyat menerima atau menolak GST.

“Bila dia (Hasan Malek) buat kenyataan itu? Itu kenyataan menteri bodoh,” katanya kepada FMT selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda keratong 4 pada Isnin.

Terdahulu pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Hasan Malek itu tidak tepat kerana banyak faktor memainkan peranan dalam PRK selain GST.

“Saya tidak mahu ghairah buat tafsiran sebegitu. Itu bukan tafsiran yang tepat.

“Ada faktor lain. Jangan kita terjemah dengan sebegitu. Kalau macam itu jika ditanya PRK Permatang Pauh mungkin jawapan lain,” katanya yang mengakui ramai rakyat tidak setuju dan dan marah dengan pelaksanaan GST.

“Saya fikir saya boleh cakap ramai yang tak bersetuju dan saya faham rasa marah mereka.

“Tetapi jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar dan itu maksud saya tadi,” jelasnya.

Muhyiddin menegaskan, apa yang penting adalah mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved