ONEXOX
BannerFans.com

Najib: Saya Tak Kata Negara Bankrap Tanpa GST

on Thursday, June 18, 2015



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.

Beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.

“Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece. Saya tak kata tanpa GST negara bankrap,” katanya.

Laporan The Star bertajuk ‘Najib: It’s either GST or facing bancruptcy’ pada 25 November memetik Najib berkata Malaysia perlu melaksanakan GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved