ONEXOX
BannerFans.com

'SAYA TAKKAN CERAIKAN ROZANA'

on Sunday, June 7, 2015



Vokalis kumpulan WINGS, Awie, atau nama sebenar Ahmad Azhar Ohtman, 47, berkata dia tidak akan menceraikan Rozana kerana meragui proses fasakh yang dilakukan oleh isterinya itu dan menganggap ia dilakukan tidak mengikut prosedur yang sah.

"Saya pelik bagaimana dia boleh memfailkan perceraian di Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand sedangkan dia sendiri sebelum ini yang dedahkan bahawa pernikahan itu tidak sah mengikut undang-undang negara kerana tidak didaftar di mana-mana.

"Kami berkahwin di dalam sebuah rumah yang diuruskan oleh ejen dan selepas itu ejen tersebut yang uruskan sijil pernikahan itu. Namun ejen itu pun sudah melarikan diri.

Bagaimanapun dari segi peraturan Islam, pernikahan itu sah," katanya kepada wartawan mStarOnline.

Menurut Awie, proses perceraian itu seharusnya mengikut prosedur yang betul iaitu dengan mengesahkan dahulu perkahwinan mereka sebelum memfailkan perceraian.

"Saya hidup lagi dan tidak akan menceraikan dia sebelum semua kes kami selesai di mahkamah dan saya anggap apa yang dia dedahkan itu adalah satu pembohongan.

"Kalau mahu cerai perlulah ikut prosedur yang betul di mahkamah kerana ia adalah hukum Allah, jangan gunakan duit untuk beli semua perkara itu sebagai jalan mudah," ujarnya.

Penyanyi lagu Iris itu juga turut mempersoalkan mengapa baru sekarang Rozana mahu mendedahkan perceraian itu yang mengambil masa sehingga tujuh bulan.

Awie menganggap, tindakan Rozana itu dilihat sengaja diambil bagi menganggu fokusnya terhadap konsert Wings yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, 10 Jun depan.

"Saya sentiasa bersedia dengan rancangan-rancangan dia untuk mengenakan saya. Saya tahu ada orang di belakangnya yang merancang semua ini. Dia tahu saya sedang sibuk beri tumpuan pada konsert akan datang dan perkara ini memang sangat menjejaskan fokus saya berlatih untuk persiapan konsert," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved