KUALA PILAH - Demi keselamatan tiga anak gadisnya, seorang ayah tunggal sanggup mengenepikan kecacatannya, menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya di sekolah setiap hari dengan menaiki kerusi roda elektrik biarpun jauhnya hampir 1 kilometer.
Rosli Hamid, 47, yang menjadi OKU selepas kedua-dua kakinya lumpuh akibat kemalangan, sanggup berkorban membawa ketiga-tiga anaknya, Najma Izzati, 9, Najwa Awatif, 6, dan Najwa Shazrin, 5, dengan menaiki kerusi rodanya ke sekolah.
Rosli sedar, tindakannya itu agak membahayakan diri namun dia mahu memastikan dia sendiri yang menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya itu tanpa memerlukan bantuan orang lain walaupun terpaksa meredah panas atau hujan.
"Saya tidak mampu memberikan kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 1.30 petang.," katanya.
Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak dan bersimpati dengan bebanan yang ditanggung oleh Rosli. Sehinggakan, ada yang meminta agar pakcik ini dibantu dari segi pemberian kenderaan beroda tiga untuk memudahkannya menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya ke sekolah.
Inilah pengorbanan ibu bapa. Rela berkorban apa jua untuk anak-anak. Penat dan lelah diketepikan, janji mahu memastikan anak-anak bersekolah dan mendapat pendidikan yang baik.
Moga ada pihak yang sudi membantu meringankan lagi bebanan pakcik ini. Kisahnya bukan sekadar untuk tatapan atau menjadi ikon Hari Bapa, namun bantuan perlu diberikan. Semoga Allah sentiasa memeliharamu insan yang bernama Ayah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment