ONEXOX
BannerFans.com

AIDIL ZAFUAN BONGIH DITUDUH TERLIBAT DENGAN SKANDAL RASUAH

on Wednesday, July 29, 2015



Baru-baru ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dalam satu sidang akhbar ada mendedahkan beberapa bekas pemain JDT yang dibuang kerja kerana terlibat dengan aktiviti bookie iaitu skandal dalam mengatur sesebuah perlawanan.

Walaupun TMJ tidak menyebut nama pemain tersebut tetapi beliau ada memberi sedikit bayangan siapakah gerangan individu yang dimaksudkan. Peminat mula berteka-teki siapakah yang sanggup berbuat begitu dan telah mencalarkan imej JDT, tiba-tiba ada pula pihak yang mengaitkan nama Aidil Zafuan dalam skandal itu.

Berang dengan tuduhan tidak berasas kepada dirinya, Aidil menerusi kemaskini terbaru di akaun Instagram miliknya telah memuat naik perbualan berunsur fitnah tersebut yang sedikit sebanyak mampu menjejaskan karier beliau bersama pasukan JDT.

Malah, Aidil menyatakan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah menabur fitnah terhadap beliau.



Semua tahu rezeki Aidil Zafuan hanya bergantung kepada bola sepak sahaja, janganlah cepat menuduh seseorang tanpa bukti yang kukuh sehingga mampu menjatuhkan maruah mereka, apatah lagi Aidil merupakan seorang pemain yang dikenali dan mempunyai pengaruhnya tersendiri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved