ONEXOX

KEJAM DAN SAYU! - 'KALAU DAPAT PISTOL, SUMPAH AKU BUNUH NAJIB SAMA ROSMAH'

on Thursday, July 2, 2015



PUTRAJAYA - Gara-gara kenaikan harga minyak Rabu lalu, seorang lelaki mengeluarkan kenyataan berani mati mengancam membunuh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, semalam.

Khairul Ez Jalil, yang bengang dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang mengikut harga pasaran dunia itu, memuat naik status ancaman itu di laman Facebooknya dan menuduh kerajaan zalim selain dari mencabar PDRM untuk menangkapnya.

"Malaysia PENGELUAR MINYAK. Bukan pengeksport macam lagi 159 Negara tu. So sah-sahlah kena jual murah.

"Contoh mak aku buat kuih donat, aku yang lapar ini nak makan donat. Tiba-tiba mak aku cakap 'No No No'. Nak makan beli harga pasaran.

"Ha nampak tak? Zalimnye tuh. Aku kalau dapat pistol, sumpah aku bunuh Najib dan Rosmah. Agak-agaknya kena tangkap tak aku keluarkan statement ini?"

Setelah mengetahui kenyataannya itu tersebar meluas di media sosial, Khairul Ez Jalil segera memadamkannya.

Tindakan Khairul itu dikritik oleh netizen, berani tidak bertempat. Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga mendatangkan ancaman terhadap orang lain.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved