ONEXOX
BannerFans.com

'SIAPA BAGI ARAHAN BUAT ROAD BLOCK DI SINI?'

on Sunday, July 5, 2015



PUTRAJAYA - Seorang lelaki cina menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kerap membuat sekatan jalan di tempat yang sama setiap hari.

Lelaki itu merakam video berdurasi 1 minit 14 saat itu dan memuat naik ke laman Facebook, juga mendakwa salah seorang anggota polis terbabit menahan sebuah lori atas kesalahan yang tidak dikenal pasti.

Dengan penggunaan bahasa Malaysia yang sangat teruk dan tidak difahami itu, lelaki Cina itu mendakwa, polis telah mengambil sesuatu dari belakang lori tersebut dan meletakkannya di dalam kereta peronda yang dipercayai adalah rasuah.


'Siapa Bagi Arahan Buat Road Block Di Sini?' - http://goo.gl/MASRmTMORE: #MEDIAVIDS

Posted by My Media Hub on Saturday, July 4, 2015


Dia juga mempersoalkan tindakan polis yang seringkali membuat sekatan jalan yang sama setiap hari dan sesekali mempersoalkan apakah arahan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan tidak mempedulikan provokasi yang dilakukan oleh lelaki itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved