ONEXOX
BannerFans.com

Tarikh Rasmi Malam Lailatul Qadar 2015 Di Malaysia

on Sunday, July 5, 2015

Tarikh rasmi bila malam Lailatul Qadar 2015 di Malaysia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu malam. Malam Lailatur Qadar hanya boleh ditemui pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yakni malam yang bertarikh ganjil berdasarkan takwim Islam. Pada tahun 2015, 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan adalah antara 6 Julai 2015 sehingga 16 Julai 2015. Tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.



Tarikh Rasmi Malam Lailatul Qadar 2015 Di Malaysia


  • Salah satu malam ganjil dari 6 Julai 2015 hingga 16 Julai 2015


Rasullulah SAW Bersabda ” Carilah ia (Malam Al Qadar0 di Sepuluh Malam Terakhir dari Bulan Ramadhan” Riwarat Bukhari Dan Muslim.

Yakinlah jika seorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, maka dia pasti memperoleh fadilat atau keberkatan malam Lailatulqadar.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.


  •     Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  •     Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  •     Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  •     Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  •     Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.


Kelebihan Malam Lailatul Qadar


  • Waktu diturunkan Al-Quran
  • Malam lebih baik daripada 1000 bulan
  • Malam penuh keberkatan
  • Dosa diampunkan
  • Turunnya Jibril dan Para Malaikat


Tanda Malam Lailatul Qadar


  • Pada salah satu 10 malam terakhir bulan Ramadhan
  • Pada tarikh genap atau ganjil pada bulan Ramadhan
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved