ONEXOX
BannerFans.com

BERITA BAIK: E-Ciggarate Patut Diperkenalkan kepada Perokok - Pakar

on Thursday, August 20, 2015



LONDON – Rokok elektronik patut diperkenalkan kepada perokok bagi membantu mereka menghentikan tabiat buruk itu, kata pakar-pakar kesihatan awam Britain.

Mereka berkata demikian berdasarkan satu kajian yang mendapati rokok elektronik 95 peratus kurang berbahaya dari rokok konvensional.

Kajian tersebut dijalankan oleh pihak berkuasa Kesihatan Awam England (PHE).

Menurut Profesor Ann McNeill dari King's College London, rokok elektronik itu dapat mensimulasikan perasaan merokok tetapi tanpa kandungan nikotin yang membahayakan kesihatan perokok.

Di England, 1/5 dari rakyatnya merokok dan lebih 80,000 kematian berpunca dari rokok direkodkan dalam setahun.

“Merokok masih menjadi pembunuh nombor satu di England dan perkara terbaik yang boleh dilakukan perokok ialah berhenti terus,” kata Pengarah Kesihatan dan Ke­sejahteraan Hidup PHE, Profesor Kevin Fenton memetik laporan dari Kosmo!.

“Kajian mendapati penggunaan e-rokok melupuskan hampir semua risiko kesihatan yang dikaitkan dengan rokok konvensional,” menurut Profesor Peter Hajek dari Universiti Queen Mary yang turut terlibat dalam kajian itu

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved