ONEXOX
BannerFans.com

'DALAM DUNIA, HANYA 3 TANGAN ORANG INI SAYA CIUM' - MAT MASLAN

on Thursday, August 13, 2015



KUALA LUMPUR - Datuk Ahmad Maslan hari ini merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti menyerang kerajaan, lapor Suara.tv.

Menurutnya, tindakan itu tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk Malaysia.

"Saya berharap beliau (Mahathir) berubah kepada apa yang dilakukan itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

"Saya amat menghormati beliau kerana di dalam dunia ini, hanya tiga orang sahaja yang saya cium tangannya ketika bersalam. Pertama, arwah ayah saya, kedua Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketiga, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itulah harapan ikhlas dari saya yang masih menganggap Tun Dr Mahathir sebagai negarawan dan idola politik," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved