ONEXOX
BannerFans.com

'KEJATUHAN RINGGIT BAIK UNTUK INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA' - NAZRI

on Tuesday, August 11, 2015



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Nazri Aziz hari ini dilaporkan 'gembira' dengan kejatuhan nilai ringgit yang dianggap baik untuk industri pelancongan negara.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, hanya orang gila sahaja yang tidak memahami apa yang dimaksudkannya itu ketika nilai ringgit menghampiri RM4 untuk setiap AS$1.

"Apabila nilai matawang kita lemah, adakah anda akan ke London? Di mana anda akan belanjakan wang? PD (Port Dickson), Pulau Pinang.

"Sebab itu saya kata, seseorang itu boleh dianggap gila kalau gagal memahami apa yang saya cakap," katanya.

Jelas Nazri, dalam keadaan ringgit susut dan lemah itu akan mendorong para pelancong asing datang ke Malaysia dan membelanjakan lebih banyak wang di negara ini.

"Maka (penurunan mata wang ringgit) baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri," ujarnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved