ONEXOX
BannerFans.com

PEKERJA BANGLADESH INI BOLEH HIDUP DENGAN DUIT BELANJA RM35 SAHAJA SEBULAN

on Thursday, August 27, 2015



Dua hari lepas, saya pergi membasuh kereta. Selepas selesai, pekerja Bangladesh ini membuka pintu kabinet di tepi kedai. Saya ingatkan dia nak ambil sabun atau kain lap.

Tiba-tiba saya terhidu bau masakan. Rupa-rupanya pekerja Bangladesh tadi sedang memasak.

PERGHH! Kagum beb!

Berbekalkan dapur gas portable, sayur kangkung, udang dan nasi putih, pekerja ini cuma memerlukan RM35 sebulan untuk makan tengah harinya. Ya, saya tanya pada beliau.

Gaji pekerja Bangladesh ini sebulan RM1,300. Penginapannya pula adalah percuma kerana asrama disediakan.  Bil elektrik dan air juga ditanggung oleh majikan.

Pada hujung minggu pula, paling jauh kalau berjalan, dia hanya ke Kuala Lumpur sahaja.

Betullah, satu hari nanti mereka ini akan lebih kaya daripada penduduk Malaysia.

Mulai dari hari ini aku berazam akan bawa bekal setiap kali ke tempat kerja. Telur rebus, budu, cili api, nasi putih dan kicap.

Selain ingin berjuang menuntut perubahan, survivaliti juga adalah penting.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved