ONEXOX

PUNCA VAPE MELETUP, KERETA MUSNAH TERBAKAR AMATMENGEZUTKAN VAPOR MALAYSIA

on Friday, August 21, 2015



BINTULU - Sebuah kereta buatan tempatan, musnah terbakar di bahagian dalam gara-gara rokok elektronik atau vape meletup secara tiba-tiba, Selasa lalu.

Gambar yang dimuat naik oleh rakan mangsa, Endry, mendakwa, kereta rakannya itu musnah terbakar akibat bateri vape yang ditinggalkan dalam kereta meletup.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, mangsa meninggalkan vape di dalam keretanya.



Rokok elektronik atau Vape yang meletup

Jelas Endry, bateri vape milik rakannya itu menjadi panas dan meletup lalu menyebabkan kebakaran di dalam kereta itu.

"Jangan tinggalkan vape dalam kereta, Kereta rakan saya hangus disebabkan vape disimpan dalam kereta dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengahari," katanya.

Ini merupakan kejadian pertama yang melibatkan rokok elektronik meletup di Malaysia. Para pengguna rokok elektronik dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak meninggalkan rokok elektronik itu di dalam kereta terutamanya di waktu tengah hari bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Blogger said...

Vaporfi is the highest quality electronic cigarettes supplier.


March 5, 2017 at 5:04 PM

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved