ONEXOX
BannerFans.com

AWAS! JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN KAKITANGAN KAUNTER TEKSI KLIA 2 - RAJ KUMAR

on Wednesday, September 2, 2015



Berhati-hati, jangan menjadi mangsa penipuan pekerja kaunter teksi di KLIA 2.

Jika anda tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan ingin menggunakan perkhidmatan teksi, kakitangan di kaunter teksi dengan serayanya tanpa bertanya akan memaklumkan kadar tambang bagi teksi premium.

Apabila ditanya mengenai teksi bajet, mereka akan memberikan alasan bahawa tiada teksi bajet yang ada pada waktu itu.

Jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu teksi bajet. Tindakan saya itu membuatkan kakitangan terbabit tidak senang duduk dan berpura-pura bertanya pada rakannya ada tak teksi bajet pada waktu itu sambil mengenyitkan matanya.

Kemudian saya dimaklumkan bahawa mereka telah diarahkan untuk menjual perkhidmatan teksi premium sahaja.

Saya terkejut dan meminta mereka menjelaskan 'arahan' dari siapakah itu.

Kakitangan itu mengeluh. Saya berhenti mendesaknya dan meminta mereka memberikan saya perkhidmatan teksi bajet.

Pada ketika ini, kakitangan terbabit kelihatan kecewa dan memberikan amaran bahawa tambang tidak akan dikembalikan.

"Tak mengapa, berikan saja tiket teksi bajet kepada saya," balas saya yang turut mencatit nombor kaunter kakitangan berkenaan dan mengucapkan terima kasih tanpa mempedulikan wajah masamnya itu.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ada 11 teksi bajet yang berada di ruang menunggu pelanggan.

Terus saya bertanya pada kakitangan teksi di luar, "Kenapa kakitangan awak menipu saya yang kononnya tiada teksi bajet yang ada pada waktu ini?"

"Oh, tadi memang tiada. Yang ini semua baru saja tiba," balas kakitangan terbabit.

"Biar betul??"

Kemudian saya masuk ke dalam teksi dan bertanyakan soalan yang sama pada pemandunya.

Jelas pemandu berkenaan, ada rundingan dalaman yang dibuat di antara kakitangan di kaunter dengan pemilik teksi premium. Kakitangan di kaunter akan mendesak pengguna memilih perkhidmatan teksi premium berbanding teksi bajet.

Ini sangat teruk dan menjijikkan! Bayangkan berapa ramai pelancong asing yang telah ditipu oleh mereka ini? Malah rakyat tempatan juga tidak terlepas menjadi mangsa mereka.

Jika anda mahu perkara ini dihentikan, sebarkan perkara ini pada rakan-rakan anda. Inilah cara mereka menipu untuk mendapatkan keuntungan. Mereka akan bertanya berapa ramai penumpang, berapa banyak bagasi dan akan memilih sendiri teksi untuk anda dan menyatakan bahawa tiada teksi bajet yang berkelapangan pada waktu itu.

Tegaskan pada mereka bahawa anda tetap mahukan teksi bajet dan dengan cara itu mereka akan mengalah.

Saya akan laporkan perkara ini kepada Malaysia Airports Berhad dan memanjangkan perkara ini kepada Menteri dan media massa.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved