ONEXOX

DISANGKA PENCURI MOTOSIKAL, LELAKI PARAH DITIKAM

on Tuesday, September 1, 2015



KUANTAN - Seorang lelaki berusia 22 tahun parah ditikam kerana disangka pencuri motosikal, malam semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Fun Fair bersebelahan dengan Giant Kuantan, mangsa, Syafiq Adam, menemui kunci yang tertinggal di motosikal suspek. Gagal mencari pemiliknya, lalu mangsa menghebahkannya di laman Facebook.

"Siapa ada tertinggal kunci motosikal di motosikal DBV9*** di Fun Fair sebelah Giant. Beratlah motosikal kunci bagai tapi kunci tertinggal di motosikal. Hubungi saya 0178617173. InshaAllah," katanya.

Malangnya, pemilik motosikal yang menyangka mangsa sebagai pencuri, bertindak menikam mangsa dari belakang dengan menggunakan pisau Rambo, sebelum melarikan diri.

Mangsa yang hanya berniat mahu menolong itu ditikam dengan pisau Rambo dari belakang sehingga tembus ke depan yang juga menyebabkan paru-parunya terkoyak.

Menurut rakannya, mangsa masih dalam keadaan kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA).

Suspek pula dilaporkan menyerah diri di IPD Kuantan sejam selepas kejadian.

Siasatan polis mendapati, suspek bertindak demikian kerana mahu membalas dendam terhadap individu yang mencuri motosikalnya di mana motosikal miliknya itu hilang sehari sebelum kejadian.

Jelas suspek, motosikal yang ditinggalkan itu dengan kunci hanyalah sebagai umpan untuk menjerat pencuri.

Dalam perkembangan terkini, mangsa dilaporkan stabil namun masih bernafas menggunakan mesin.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved